Persona Ku: "Impromptu" Pilihan Ku



Salam semua!! Hari ini saya kembali dengan satu lagi perkongsian mengenai pengembaraan hidup saya. Pada tahun lepas saya telah mengembara ke Singapura bersama sepupu saya yang berasal daripada Filipina. Yang seronoknya mengenai perjalanan ini adalah kerana kami berdua sahaja yang merancang jadual perjalanan tersebut. 

Ayuh, pengalaman tersebut saya ceritakan dengan lebih lanjut :)



Pengembaraan tersebut bermula dua hari sebelum tarikh kami merancang untuk bertolak. Saya telah menempah tiket bas daripada laman web Terminal Bersepadu Selatan. Harga ticket bas ke Singapura dalam lingkungan RM80 untuk sehala. Kami bertolak daripada Kuala Lumpur pada jam 12 tengah malam dengan hasrat untuk tiba di Singapura pada waktu Subuh. Yang sukarnya apabila menaiki bas ialah hentian sebelum memasuki Singapura iaitu Pusat Imigresen. Kami terpaksa berlari untuk melalui kaunter Imigresen bagi mengelak garisan pelancong yang panjang dan juga mengejar masa untuk menaiki bas kami semula. 

Kami juga telah menempah bilik hostel untuk satu malam (maaf sudah terlupa pula harganya).
 Bilik tersebut akan dikongsi bersama pengembara lain dan mempunyai katil bertingkat. 
Kami dihidangkan sarapan percuma. Nama hotel tersebut ialah Blue Jazz Hostel. 
Berikut beberapa gambar hostel yang kami menginap.








Seterusnya, kami juga menempah ticket untuk 'Universal Studios Singapore' untuk sehari yang berharga 60 SGD. 
Pengalaman tersebut amat mengembirakan kami berdua dan juga telah mengeratkan hubungan kami sebagai sepupu yang jarang berjumpa. 
Kami berdua telah membesar di Filipina bersama-sama dan umur kami juga berbeza setahun sahaja. Walaupun jarang berjumpa hubungan kekeluargaan kami amat erat dan sepupu saya tersebut saya menggangap seperti kakak kandung. 
Kami menaiki pelbagai permainan seperti roller coaster, '3D Adventure' dan banyak lagi. 
Saya amat mengesyorkan Universal Studios Singapore kepada golongan muda yang ingin ke sana. Berikut juga beberapa kepingan memori yang dekat di hati saya.










x,
melissa

Comments

Popular posts from this blog