Persona Ku: PERSAHABATAN



Persahabatan amat penting dalam hidup kita. Begitu juga mereka yang selalu berada di sekeliling ku. Selain daripada mengembara saya amat suka meluangkan masa bersama sahabat saya. Kami amat suka berjumpa untuk mengongsikan masalah ataupun salah satu daripada kami memerlukan nasihat dan juga berkongsi idea baharu di antara kami semua. 

Kami amat suka memotivasikan dan menginspirasikan satu sama lain.

Saya sendiri apabila rasa tidak bersemangat, saya akan menelefon sahabat-sahabat karib saya dan mereka akan mengongsikan Doa' untuk menenangkan saya serta nasihat yang positif.
Jadi bagaimana caranya kita boleh mngekalkan persahabatan yang baik?
Ya, saya juga ada nasihat untuk dikongsikan untuk para pembaca!!

Cuba anda fikirkan dahulu sahabat jenis apa yang anda ingin jadi, sambil anda mempertimbangkan tips-tips yang saya akan kongsikan ;)

  • Sentiasa Jujur
Persahabatan yang baik dan utuh memerlukan kejujuran di antara satu sama lain. Tidak ada cara untuk merasa lebih berhubung dengan seseorang apabila bersifat terbuka dan jujur. Selain itu, mengekalkan perbualan yang jujur ​​membantu menghalang anda daripada membina sifat-sifat sinis apabila berlaku salah faham antara satu sama lain.


  • Saling Memperbaiki
    Apabila anda mengenali seseorang dengan baik, anda sudah biasa dengan kelebihan mereka serta kelemahan mereka. Jadi, seperti yang anda tahu bagaimana untuk menghiburkan mereka, anda tahu apa yang mengecewakan mereka. Pada masa-masa ketegangan, kita tidak boleh membiarkan perkara-perkara yang menyakitkan sahabat terdekat kita berpanjangan, terutamanya jika ia datang daripada kita. Oleh itu, apabila silap itu datang daripada kita, cepat-cepat untuk meminta maaf sebelum salah faham tersebut menjadi lebih besar.

  • Luangkan Masa dan Saling Menunjukkan Appresiasi
    Pastikan anda juga sentiasa menunjukkan kebaikan dan pertimbangan terhadap sahabat-sahabat anda. Lakukan perkara yang mereka akan anggap sebagai prihatin. Pertimbangkan minat dan hobi mereka apabila merancang aktiviti bersama-sama. Selain itu, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada sahabat anda juga!

  • Kurangkan ekspektasi dan andaian negatif
Jangan bertanggapan buruk terhadap apa yang sahabat anda fikirkan. Anda juga harus menerima kesalahan serta sudut pandangan mereka yang berbeza daripada anda. Setiap individu mempunyai pemikiran yang berlainan. Sebagai contoh, salah seorang daripada sahabat karib saya tidak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya, namun saya tidak membiarkan perkara tersebut mengganggu saya kerana mungkin sahabat saya sibuk pada masa itu. Sahabat tersebut sentiasa ada apabila saya memerlukannya dan memberikan nasihat-nasihat yang baik.
  • Belas Kasihan X Sinis
Perkara yang amat penting dalam persahabatan ialah melakukan perkara yang betul daripada ingin menjadi betul pada setiap waktu. Apabila anda mengenali seseorang, anda akan mengenali ciri-ciri buruk mereka, dan amat mudah menjadi sinis terhadap aspek negatif personaliti mereka. Oleh itu, belas kasihan lebih penting supaya kita lebih terbuka daripada bersifat terkawal dengan perasaan kita sendiri ataupun melihat dunia daripada lensa negatif.



Semua ciri-ciri ini  mampu memberikan contoh yang baik di antara satu sama lain. Dengan menjadi orang yang di hormati, anda juga menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama terutamanya di dalam persahabatan yang baik.

x,
melissa




Comments

Popular posts from this blog