Posts

Showing posts from April, 2019
Image
Diari Dunia: "Lucid Dreams" Pernahkah anda di dalam situasi yang anda rasa seperti bermimpi tetapi juga realiti? Tahukah anda bahawa kita boleh lari daripada realiti dengan mengawal mimpi anda, watak, dan juga sekeliling anda? Ini dipanggil sebagai "Lucid dreams" atau dengan terjemahannya mimpi jelas. Menurut Professor Neurosains dan Psikologi, Mathew Walker, "hanya 20% ke 30% populasi sebenarnya boleh bermimpi dengan jelas". Menarik kan? Jadi hari ini saya akan memperkenalkan anda dengan "lucid dreams" that mengongsikan fakta menarik serta pengalaman saya sendiri. Pertama sekali mimpi jelas ini dedefinisikan sebagai satu perbuatan apabila anda tahu and bermimpi sambil anda di alam mimpi tersebut dan anda mampu mempengaruhi situasi yang berlaku. Kebaikan "lucid dreams" ialah, anda boleh reka plot mimpi yang tidak dapat dibayangkan. Malah, anda boleh melangkaui masa, angkasa dan juga dimensi-dimensi lain. Selain itu, anda jug
Image
Persona Ku: Iman Setiap manusia mempunyai saat-saat merasakan kelemahan iman. Saya pernah terbaca bahawa iman itu seolah-olah bateri. Jika kita tidak mengecas bateri tersebut maka lemah lah keimanan kita sebagai umat Islam. Terutamanya, kita sebagai pelajar mahasiswa yang seringkali tertekan dengan pelbagai tugasan universiti. Bagaimana iman dan tekanan berkait? Jika iman kita dicas dengan baik, tekanan juga berkurangan kerana kita boleh rasakan ketenangan. Jadi bagaimana kita boleh mengcas iman kita supaya lebih kuat? Pertama sekali, kita boleh membaca Al-Quran dan Sunnah. Dengan membacanya pengetahuan akan lebih mendalam dan kita akan sentiasa teringatkan Allah SWT. Kita boleh mencari pengetahuan tersebut daripada pelbagai media seperti buku-buku motivasi, siaran dakwah di kaca TV,  radio dan seminar agama yang boleh disertai di Universiti. Selain itu, doa kepada Allah SWT.  Apabila kita merasakan keresahan dalam diri kita banyak-banyakkan berdoa kepada Allah SWT untu
Image
Diari Dunia: Mengimbau Kembali Christchurch Terimbau kembali kejadian yang berlaku pada 15 Mac 2019 di Christchurch, New Zealand. Perit dan sayu apabila saya mendengar khabar yang tidak menyenangkan pada hari kejadian tersebut. Malah, khabar tersebut diterima semasa kami sekeluarga sedang menyambut hari lahir ayah di rumah. Masa telah berlalu dengan pantas namun kadang kala saya terfikir akan khabar keluarga mangsa yang berada di sana. Peristiwa ini menjadi kesedaran kepada umat Islam dan telah membuka mata kita bahawa dunia tidak lagi seaman dahulu. Terutamanya New Zealand, antara negara yang mempunyai kadar jenayah paling rendah. Bagaimanakah kita sebagai manusia hendak melihat gambaran yang lebih besar pada isu-isu ini? Dunia semakin kejam dan lalai akan nilai-nilai murni yang diajar oleh setiap agama. Malah, kita jangan sesekali menyalahkan agama kerana yang bersalah dalam peristiwa sebegini adalah manusia. Oleh itu, kita perlu saling hormat menghormati antara satu s
Image
Selamat Pagi pembaca blogku! Hari ini saya ingin mengongsikan salah satu hobi saya iaitu, mengembara ke pelbagai negeri di Malaysia. Pada hari ini, tempat yang saya ingin kongsikan ialah Lumut, Perak. Ini kali pertama saya mengembara ke Lumut dah saya tidak menjangkakan keindahan suasana di sana. Pada bulan Februari lepas, kami sekeluarga berangkat ke Perak untuk berehat daripada suasana bandar di Selangor. Perjalanan dengan kereta hanya selama 2 jam ke hotel kami di Swiss Garden Resort. Hotel kami terletak di atas bukit dan perjalanan daripada jalan besar pula mengambil masa selama 30 minit. Selain beristirehat di hotel, kami juga berancang untuk pergi ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri. Di Pulau Pangkor pula, keluarga saya membeli belah barang yang paling terkenal iaitu, Ikan Bilis Mata Biru ;) hehehe. Tujuan saya mengongsikan pengalaman di Lumut supaya lebih ramai rakyat Malaysia sedar akan keindahan tempat-tempat yang bukannya kawasan pelancongan terkenal. Saya juga akan men