Diari Dunia: Mengimbau Kembali Christchurch




Terimbau kembali kejadian yang berlaku pada 15 Mac 2019 di Christchurch, New Zealand. Perit dan sayu apabila saya mendengar khabar yang tidak menyenangkan pada hari kejadian tersebut. Malah, khabar tersebut diterima semasa kami sekeluarga sedang menyambut hari lahir ayah di rumah. Masa telah berlalu dengan pantas namun kadang kala saya terfikir akan khabar keluarga mangsa yang berada di sana. Peristiwa ini menjadi kesedaran kepada umat Islam dan telah membuka mata kita bahawa dunia tidak lagi seaman dahulu. Terutamanya New Zealand, antara negara yang mempunyai kadar jenayah paling rendah. Bagaimanakah kita sebagai manusia hendak melihat gambaran yang lebih besar pada isu-isu ini?

Dunia semakin kejam dan lalai akan nilai-nilai murni yang diajar oleh setiap agama. Malah, kita jangan sesekali menyalahkan agama kerana yang bersalah dalam peristiwa sebegini adalah manusia. Oleh itu, kita perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain, terutamanya di negara kita sendiri. Saya cukup marah akan manusia yang melontarkan pendapat bahawa yang harus dipersalahkan adalah mereka yang beragama lain. Ideologi ini yang akan memisahkan keharmonian yang sudah lama di jaga. Semuanya bermula pada diri kita sendiri. Nilai apa yang kita pegang, itulah yang akan mengubah masa depan.

Selain itu, saya ingin mengongsikan seorang tokoh yang saya kagumi dan menghormati, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden. Beliau seorang contoh yang baik dan telah mengatasi masalah ini dengan hati yang tabah. Beliau walaupun bukan beragama Islam, telah meletakkan diri beliau dalam posisi mangsa-mangsa kejadian di Christchurch tersebut. Beliau melawat keluarga mangsa dan juga mengetatkan keselamatan bandar tersebut. Pihak berkuasa juga kerap menilai semula kejadian tersebut supaya dapat pihak berkuasa dapat mengelakkan sebarang serangan yang meniru kejadian masa lalu.

Akhir sekali, sentiasalah mengingati mereka yang telah terkorban pada peristiwa 13 Mac 2019. Semoga artikel ini juga dapat memberikan sedikit kesedaran kepada sahabat-sahabat kita yang seringkali menyalahkan agama sebagai punca utama.

Terima Kasih.












Comments

Popular posts from this blog