Selamat Pagi pembaca blogku!
Hari ini saya ingin mengongsikan salah satu hobi saya iaitu, mengembara ke pelbagai negeri di Malaysia. Pada hari ini, tempat yang saya ingin kongsikan ialah Lumut, Perak.

Ini kali pertama saya mengembara ke Lumut dah saya tidak menjangkakan keindahan suasana di sana. Pada bulan Februari lepas, kami sekeluarga berangkat ke Perak untuk berehat daripada suasana bandar di Selangor. Perjalanan dengan kereta hanya selama 2 jam ke hotel kami di Swiss Garden Resort. Hotel kami terletak di atas bukit dan perjalanan daripada jalan besar pula mengambil masa selama 30 minit. Selain beristirehat di hotel, kami juga berancang untuk pergi ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri. Di Pulau Pangkor pula, keluarga saya membeli belah barang yang paling terkenal iaitu, Ikan Bilis Mata Biru ;) hehehe.

Tujuan saya mengongsikan pengalaman di Lumut supaya lebih ramai rakyat Malaysia sedar akan keindahan tempat-tempat yang bukannya kawasan pelancongan terkenal. Saya juga akan mengongsikan beberapa gambar yang saya ambil di sana. Anda pasti terkejut! Saya juga harap anda yang tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Lumut, boleh mencuba untuk mengembara ke sana. Kita harus bersyukur akan keindahan negara kita kerana banyak lagi kawasan yang mampu menambat hati kita selain daripada melancong ke luar negara.

Baiklah, saya kongsikan dahulu gambar-gambar yang menjadi kenangan bulan Februari lepas.










Begitu indah kan? Kalau para pembaca juga pernah ke Lumut dan ingin mengongsikan pengalaman, sila comment ya! Terima Kasih dan semoga gembira selalu!




Comments

Popular posts from this blog