Diari Dunia: "Lucid Dreams"


Pernahkah anda di dalam situasi yang anda rasa seperti bermimpi tetapi juga realiti? Tahukah anda bahawa kita boleh lari daripada realiti dengan mengawal mimpi anda, watak, dan juga sekeliling anda? Ini dipanggil sebagai "Lucid dreams" atau dengan terjemahannya mimpi jelas. Menurut Professor Neurosains dan Psikologi, Mathew Walker, "hanya 20% ke 30% populasi sebenarnya boleh bermimpi dengan jelas". Menarik kan? Jadi hari ini saya akan memperkenalkan anda dengan "lucid dreams" that mengongsikan fakta menarik serta pengalaman saya sendiri.

Pertama sekali mimpi jelas ini dedefinisikan sebagai satu perbuatan apabila anda tahu and bermimpi sambil anda di alam mimpi tersebut dan anda mampu mempengaruhi situasi yang berlaku. Kebaikan "lucid dreams" ialah, anda boleh reka plot mimpi yang tidak dapat dibayangkan. Malah, anda boleh melangkaui masa, angkasa dan juga dimensi-dimensi lain. Selain itu, anda juga boleh menghadapi ketakutan anda. Contohnya, anda bermimpi melawan ular dengan pedang ajaib ataupun terbang diawan walaupun anda takutkan ketinggian.

Walaupun mimpi-mimpi yang jelas sebegini adalah menakutkan, anda hanya perlu ingat bahawa semua yang berlaku adalah sebahagian daripada mimpi anda. Lumpu dalam tidur juga menjadi risiko yang anda hadapi apabila terperangkap di antara alam tidur dan realiti. Sebagai contoh, anda tidak boleh bergerak tetapi anda sedar akan halusinasi yang berlaku.

Mimpi jelas menerangkan kegunaanya untuk pengalaman menggunakan mimpi sebagai dasar kreativiti. Jika anda boleh melatih diri anda supaya sedar apabila anda berada di alam mimpi, anda boleh mengubah stress kepada penaglaman mimpi yang tidak boleh dicapai melalui realiti.










Comments

Popular posts from this blog