Persona Ku: Iman



Setiap manusia mempunyai saat-saat merasakan kelemahan iman. Saya pernah terbaca bahawa iman itu seolah-olah bateri. Jika kita tidak mengecas bateri tersebut maka lemah lah keimanan kita sebagai umat Islam. Terutamanya, kita sebagai pelajar mahasiswa yang seringkali tertekan dengan pelbagai tugasan universiti.

Bagaimana iman dan tekanan berkait?

Jika iman kita dicas dengan baik, tekanan juga berkurangan kerana kita boleh rasakan ketenangan. Jadi bagaimana kita boleh mengcas iman kita supaya lebih kuat?
Pertama sekali, kita boleh membaca Al-Quran dan Sunnah. Dengan membacanya pengetahuan akan lebih mendalam dan kita akan sentiasa teringatkan Allah SWT. Kita boleh mencari pengetahuan tersebut daripada pelbagai media seperti buku-buku motivasi, siaran dakwah di kaca TV,  radio dan seminar agama yang boleh disertai di Universiti.

Selain itu, doa kepada Allah SWT.  Apabila kita merasakan keresahan dalam diri kita banyak-banyakkan berdoa kepada Allah SWT untuk menguatkan iman kita sebagai hambanya. Seringkali, saya berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan ilham dan membuangkan sifat malas. Walaupun lambat Allah SWT akan sentiasa mendengar dan akan mngabulkan doa tersebut.

Jangan lupa untuk kelilingi diri anda dengan rakan-rakan yang positif. Anda boleh bergantung antara satu sama lain bila merasakan keresahan. Rakan-rakan positif boleh memberikan nasihat yang baik dan mengajak anda untuk melalukan aktiviti riadah yang sihat untuk kesejahteraan diri dan iman.

Pesanan ini juga untuk diri saya sendiri. Kadangkala saya lupa dan sering merasakan tekanan daripada pengaruh negatif dunia. Mungkin dengan perkongsian ini kita dapat mengubah tabiat yang tidak baik.

x,
melissa













Comments

Popular posts from this blog