Diari Dunia: Persiapan Seorang Siswazah Memasuki Alam Pekerjaan

Pelajar siswazah harus memahami dan didedahkan tentang pentingnya dapat berkomunikasi tentang
kecekapan mereka kepada bakal majikan semasa pencarian pekerjaan.
Berikut beberapa pendapat yang boleh diimplimentasikan universiti bagi mempersiapkan pelajar yang akan memasuki alam pekerjaan:)


Universiti berperanan dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan.
Memberi pengajaran awal tentang prinsip dan disiplin ketika bekerja melalui program atau ceramah yang boleh digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara am tentang tatasusila semasa bekerja.

Pelbagai aktiviti seperti pembentangan atau perbincangan yang melibatkan kumpulan dapat menambah jati diri serta melahirkan seorang individu berpengetahuan tinggi mempunyai sikap seorang pemimpin yang sedia ada.
Aktiviti pembentangan juga dapat menambahkan kemahiran dalam kegunaan internet dan teknologi apabila diberi tugas atau projek berkaitan tema yang memerlukan banyak penyelidikan maklumat.
Ini adalah langkah paling asas dalam mengetahui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pengajaran awal juga mendorong dari segi membuat keputusan dengan lebih cepat,memahami cara menyiapkan dan menghantar tugasan mengikut masa ditetapkan supaya mengelak daripada dimarahi oleh majikan.

Pihak Universiti juga boleh menyarankan pensyarah-pensyarah untuk membincangkan kerjaya pelajar dan bertanya pelbagai soalan mereka mengapa memilih kerjaya tersebut. Ini boleh menyenangkan pengambaran kejayaan dan kehidupan impian pelajar dan menyarankan mereka untuk terus melakukan ini kerana ia merupakan cara yang sangat baik untuk mengingatkan diri kita sentiasa dengan matlamat kendiri. Pengetahuan adalah kuasa dan ia juga menjadikan pelajar lebih mandiri dan yakin dengan mengejar impian menjadikannya menarik sebagai individu yang mengambil serius tentang kerjaya mereka. Pensyarah juga berkongsi pengalaman alam pekerjaan mereka ketika muda dan kaitkan dengan pembelajaran supaya pelajar boleh membayangkan diri dalam senario apabila sudah bekerjaya.

Berperanan dengan menganjurkan pelbagai contohnya program Bulan Kerjaya pada setiap tahun tujuan memberi inisiatif kepada pelajar universiti untuk menjalankan program sepenuhnya tanpa pertolongan pihak yang berpengalaman. Program seperti Karnival Usahawan dapat membantu kemahiran berpasukan dan komunikasi apabila mempunyai perniagaan sendiri. Keuntungan yang didapati boleh dikira dan mengasingkan mengikut modal pendapatan. Oleh itu, setiap kumpulan memahami penggunaan duit secara jimat-cermat serta pandai menyusun strategi atau sasaran untuk mendapat pencapaian akhir yang terbaik.

Selain itu, mengadakan ceramah dengan menjemput seorang artis, usahawan, dan lain-lain yang merupakan seorang individu yang terkenal, berjaya dan pakar dalam kerjaya mereka yang mungkin boleh berkongsi rahsia mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Dengan ini, mereka boleh mengambil iktibar bahawa yang penting untuk diingat oleh setiap orang adalah mereka berbeza dan unik dan apa yang efektif untuk seorang mungkin tidak semua yang memberi manfaat yang sama kepada mereka. Orang yang berpengaruh memberikan matlamat pembangunan profesional untuk bekerja ke arah yang betul. Mereka membantu pelajar memahami bahawa ia memerlukan kepelbagaian kemahiran yang luas untuk berjaya dalam apa-apa keadaan kerja. Mereka menunjukkan bahawa selalu ada kemahiran berita yang perlu dipelajari dan situasi baru untuk menerapkan kemahiran yang sedia ada.

Comments

Popular posts from this blog