Persona Ku : Media Sosial


Pada era teknologi ini, media sosial memainkan peranan yang besar dalam kehidupan golongan muda. Adakah kesemua yang dipaparkan di dalam laman-laman tersebut realiti? Tiada kegunaan lainkah media sosial itu selain daripada menunjuk status kehidupan seseorang itu? 

Persona hari ini yang saya ingin bincangkan adalah "saya di skrin media sosial". 

Beberapa tahun lepas, saya juga boleh dikatakan ketagih dengan mengongsikan setiap yang berlaku dalam hidup saya di skrin media sosial, terutamanya Instagram. Setiap yang ditunjukkan harus memenuhi aspek kesempurnaan. Mengapa? Kerana itu lah yang golongan media sosial inginkan. 

Bagaimana pula dengan kelemahan kita? Dengan sebaik mungkin harus disimpan kan?
Namun, setelah saya mengalami beberapa perubahan dan pengalaman pahit, media sosial telah diketepikan pada masa itu. Sekarang saya boleh rasa kebebasan yang lebih sihat daripada terlalu obses dengan media sosial. Penting sangatkah untuk kita menunjuk-nunjuk kesempurnaan kepada orang lain? Seringkali soalan tersebut bermain main di fikiran saya. Adakah soalan ini sama dengan pembaca?

Sekarang kegunaan media sosial pada diri saya lebih kepada pembacaan puisi-puisi serta dakwah-dakwah profil Islam yang lebih fokus kepada memperbaiki diri sendiri. Saya juga telah membuang segala profil negatif dan lebih minat profil Instagram yang lebih kepada alam, seni dan reka bentuk.

Cuba tanya diri anda, mampukah anda hidup tanpa media sosial selama seminggu?
Bunyinya seperti sukar kan?
Saya sendiri sudah mencuba selama 7 bulan. Boleh juga dipanggil sebagai 'detox' media sosial.
Perasaannya amat baik sekali. Fikirkan lah :)

x,
melissa

Comments

Popular posts from this blog