Persona Ku: Tahun Pertama di UPM



Kali ini saya ingin mengongsikan pengalaman memasuki tahun pertama di UPM.
Sebelum ini saya telah menghabiskan pelajaran di UPSI, Perak selama 2 tahun dalam Diploma Bahasa Inggeris. Sekarang pula untuk Bachelor Sastera (Kesusasteraan Bahasa Inggeris).
Jujur saya katakan orientasi di sini amat memenatkan. Kami harus melakukan pelbagai aktiviti sampai awal pagi dan setelah kami melaluinya, saya amat bersyukur pada waktu itu.

Selepas itu, bermula lah Semester 1.
Wahhh, amat padat jadual kami pada semester itu.
Perkara yang paling membingbangkan ialah, sesi saling berkenalan dan mencari kawan baharu.
Saya bukanlah jenis yang mudah berkawan kerana bersifat pendiam dan pemalu.
Namun, Alhamdulillah ada juga yang sudi berkenalan. Salah satunya juga daripada UPSI.
Kami tidak pernah rapat, oleh itu saya juga menganggap persahabatan kami seperti baru.
Seorang lagi berasal daripada bandar yang sama seperti saya. Itu juga merapatkan hubungan kami.

Semester 1, berlalu dengan pantasnya.
Itulah peringkat pelbagai ciri-ciri manusia mulai ditunjuk. Kita dapat mengenali siapa yang betul-betul sudi dan jujur berkenalan dengan kita. Ada juga seorang yang memburuk-burukkan saya kepada orang lain. Amat kelakar kan?
Saya sendiri terkejut :)

Apabila semester 1 berakhir, kami bercuti selama sebulan.
Selepas sesi berehat habis, cepat sungguh datangnya semester 2 kami.
Jadual pada semester ini tidaklah terlalu padat dan lebih menyeronokkan.
Kursus pada semester ini lebih berkait dengan Kesusasteraan jadi saya lebih rasa minat dan tenang untuk mengharunginya.
Persahabatan yang baru juga semakin baik. Pejam celik setahun jugalah sudah berlalu.

Saya amat bersyukur kepada rakan-rakan yang ada dan sama-sama mengharungi dua semester lalu.
Saya juga telah banyak mempelajari ilmu sastera yang baru.
Blog inilah salah satu kelahiran daripada kursus semester 2 iaitu Penglahiran Bakat Kreatif.

Apa pula pengalaman baharu semester 3? Sama-samalah kita saksikan :)







x,
melissa

Comments

Popular posts from this blog