Posts

Image
Diari Dunia: Panduan Mencari Kebahagiaan Kebahagiaan tidak pernah dijumpai, ia dicipta. Ia bermula dengan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuknya. Terimalah apabila anda mempunyai peluang. Cari dalam setiap saat hidup. Hentikan menunggu kebahagiaan datang daripada orang lain. Anda tidak akan dihidangkan kebahagian diatas dulang emas. Keluar dan cari sendiri kebahagiaan tersebut. Anda tidak boleh mencintai seseorang jika anda tidak boleh mencintai diri sendiri. Jangan takut untuk mengubah diri anda dengan baik. Kebahagiaan itu juga untuk dikongsikan dengan orang lain. Rawat orang dengan kebaikan walaupun mereka tidak berbuat baik kepada anda. Hidup untuk setiap saat kerana anda tidak tahu bila anda akan mati. Bangun setiap hari dengan pemikiran positif. Jangan bandingkan diri dengan orang-orang di media sosial. Jadilah yang lebih asli. Puas hati dengan diri sendiri. Anda tidak perlu sempurna dalam segalanya. Cari semangat anda. Anda tidak perlu
Image
Diari Dunia: Ciri Individu yang Berjaya S elepas melakukan penyelidikan mengenai topik ini, saya telah menyusun ringkasan sifat dan tabiat orang yang berjaya. Terdapat video di YouTube yang boleh anda temui oleh Brian Tracy yang dipanggil "Daily Habits Of Successful People" yang banyak mengilhami artikel ini. Penting untuk diingat bahawa semua orang adalah berbeza dan unik dan apa yang boleh bekerja untuk seseorang mungkin tidak semua yang memberi manfaat kepada anda. Buat apa yang kita suka Apabila kita melakukan apa yang anda suka, tidak perlu memotivasi diri anda untuk sentiasa bangun dan bekerja. Apabila kita sayang pekerjaan dimiliki, kita tidak akan bekerja sehari dalam hidup anda Percayalah bahawa kegagalan bukanlah jalan akhir Bukannya membiarkan kegagalan sementara membawa kita ke bawah, belajar dari kesilapan, belajar apa yang salah, biarkan ia mengajar sesuatu dan kemudian bergerak dengan cepat ke langkah penambahbaikan. Rehat Kita
Image
Persona Ku: Drama Melayu Pada awal semester 1 saya dengan spontanya telah menguji bakat untuk teater Melayu yang bertajuk Keris Laksamana Bentan oleh senior Kesusasteraan Bahasa Inggeris. Drama Melayu tersebut telah diadaptasikan dalam Bahasa Inggeris. Saya tidaklah berminat untuk menguji bakat secara serius tetapi setelah diajak, saya pun mencuba. Saya tidak pernah menyertai teater secara besar-besaran jadi dengan ekspektasi yang rendah saya amat terkejut apabila diterima sebagai penari pementasan tersebut. Kami telah diberikan kontrak serta skrip yang sangat mengujakan. Jadual latihan pada setiap malam sepanjang dua bulan. Dengan sebaik mungkin dan kurang pengalaman saya telah berusaha untuk menyempurnakan gabungan tarian zapin, tarian istana serta persembahan lagu 'Kurik Kundi'. Tiga buah tarian dalam masa 2 bulan? Saya juga gementar!  Titik peluh serta perjuangan saya untuk persembahan teater tersebut akan terpahat dalam memori indah saya daripada UPM. S
Image
Persona Ku: Tahun Pertama di UPM Kali ini saya ingin mengongsikan pengalaman memasuki tahun pertama di UPM. Sebelum ini saya telah menghabiskan pelajaran di UPSI, Perak selama 2 tahun dalam Diploma Bahasa Inggeris. Sekarang pula untuk Bachelor Sastera (Kesusasteraan Bahasa Inggeris). Jujur saya katakan orientasi di sini amat memenatkan. Kami harus melakukan pelbagai aktiviti sampai awal pagi dan setelah kami melaluinya, saya amat bersyukur pada waktu itu. Selepas itu, bermula lah Semester 1. Wahhh, amat padat jadual kami pada semester itu. Perkara yang paling membingbangkan ialah, sesi saling berkenalan dan mencari kawan baharu. Saya bukanlah jenis yang mudah berkawan kerana bersifat pendiam dan pemalu. Namun, Alhamdulillah ada juga yang sudi berkenalan. Salah satunya juga daripada UPSI. Kami tidak pernah rapat, oleh itu saya juga menganggap persahabatan kami seperti baru. Seorang lagi berasal daripada bandar yang sama seperti saya. Itu ju
Image
                                    Diari Dunia: Persiapan Seorang Siswazah Memasuki Alam Pekerjaan Pelajar siswazah harus memahami dan didedahkan tentang pentingnya dapat berkomunikasi tentang kecekapan mereka kepada bakal majikan semasa pencarian pekerjaan. Berikut beberapa pendapat yang boleh diimplimentasikan universiti bagi mempersiapkan pelajar yang akan memasuki alam pekerjaan:) Universiti berperanan dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Memberi pengajaran awal tentang prinsip dan disiplin ketika bekerja melalui program atau ceramah yang boleh digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara am tentang tatasusila semasa bekerja. Pelbagai aktiviti seperti pembentangan atau perbincangan yang melibatkan kumpulan dapat menambah jati diri serta melahirkan seorang individu berpengetahuan tinggi mempunyai sikap seorang pemimpin yang sedia ada. Aktiviti pembentangan juga dapat menambahkan kemahiran dalam kegunaan internet dan teknologi
Image
Diari Dunia : Musim Panas Sepanjang Tahun Malaysia..wahh musim panas sepanjang tahun seperti yang anda sudah tahu! Saya ada cara untuk memanfaatkannya. Ke pantai lah kita!! Pantai selalu menjadi pilihan untuk percutian saya. Tidak mungkin bosan dengan air biru dan matahari kuning yang terbenam. Jadi hari ini perkongsian saya pula berkait dengan pantai dan laut :) Okay, saya akan bermula dengan perkara-perkara mudah yang ada untuk peringatan sahaja ye. Hehehe.. Sentiasa memakai pelindung matahari yang tinggi.  Pakai cermin mata hitam. Letakkan krim matahari di leher, kepala dan telinga anda. Jangan duduk di tengah-tengah matahari. Duduk di bawah tempat teduh. Memakai topi. Letakkan telefon anda dalam beg kalis air cos anda akan menangis jika ia rosak. Rancang pakaian anda sebelum anda pergi dan campurkan dan padankan supaya anda tidak perlu terlalu banyak pakaian. Sekarang nikmatilah senarai aktiviti dan idea yang anda boleh lakukan di tepi pantai :) 1) Pergi
Image
Persona Ku : Media Sosial Pada era teknologi ini, media sosial memainkan peranan yang besar dalam kehidupan golongan muda. Adakah kesemua yang dipaparkan di dalam laman-laman tersebut realiti? Tiada kegunaan lainkah media sosial itu selain daripada menunjuk status kehidupan seseorang itu?  Persona hari ini yang saya ingin bincangkan adalah "saya di skrin media sosial".  Beberapa tahun lepas, saya juga boleh dikatakan ketagih dengan mengongsikan setiap yang berlaku dalam hidup saya di skrin media sosial, terutamanya Instagram. Setiap yang ditunjukkan harus memenuhi aspek kesempurnaan. Mengapa? Kerana itu lah yang golongan media sosial inginkan.  Bagaimana pula dengan kelemahan kita? Dengan sebaik mungkin harus disimpan kan? Namun, setelah saya mengalami beberapa perubahan dan pengalaman pahit, media sosial telah diketepikan pada masa itu. Sekarang saya boleh rasa kebebasan yang lebih sihat daripada terlalu obses dengan media sosial. Penting sangatkah untuk